Kata-kata Aluan Guru Besar
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, sekali lagi Buku Panduan
Pengurusan Sekolah bagi tahun 2020 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan
akan dapat memberi panduan kepada semua warga sekolah ini dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan sistemik dan berkesan.
Perancangan yang teliti dan relevan akan menjana kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
sekolah. Matlamat dan hala tuju yang jelas dapat dicapai melalui perancangan yang bijak dan
teratur. Kerjasama dan komitmen daripada semua warga sekolah dan komuniti setempat dapat
merealisasikan impian menjadi kenyataan.
Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, seluruh warga sekolah
perlu bekerja dalam satu pasukan. Sebagai peneraju sekolah, saya akan berusaha memastikan
sekolah ini memiliki suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif bagi memacu kecemerlangan.
Selain itu, warga sekolah juga lebih bersedia untuk menggunakan teknologi terkini di Abad ke 21.
Para pendidik khususnya dapat menambah baik program yang disusun agar mampu memberi
impak yang tinggi terhadap kecemerlangan anak didik dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan
juga sahsiah.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua warga sekolah. Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah SWT,
mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati dan diredhaiNya. Diharapkan
agar segala usaha membuahkan kejayaan dan kecemerlangan serta memberi kepuasan kepada
semua pihak.
Akhir kalam kepada semua warga sekolah, diucapkan selamat bertugas dan berusaha gigih
agar SKJ15 terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama.
Sekian, terima kasih.
“ KITA JUARA “
NORHAYATI BINTI BUDIN
GURU BESAR
SK LKTP JENGKA 15,
BANDAR TUN ABD RAZAK JENGKA,
PAHANG
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.