JERANTUT - Seorang guru Pendidikan Islam menganggap tuahnya memenangi hadiah Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) sebagai rezeki buat anak pertamanya yang bakal lahir Ogos nanti.
Guru terbabit, Zatullah Hamzah, 31, berkata, wang tunai bernilai RM1,000 itu juga akan digunakan untuk membeli keperluan buat anak sulungnya itu nanti.
Menurutnya, selain itu, ia juga akan digunakan untuk menampung perbelanjaan bagi persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
Zatullah berkata, memenangi hadiah peraduan terbabit bukanlah sesuatu yang dijangka kerana dia tidak menghantar borang penyertaan daripada awal pertandingan tersebut diadakan.
“Ia bermula pada Jun lalu ketika musim cuti sekolah selama dua minggu. Ketika itu saya berada di kampung isteri saya di Negeri Sembilan.
“Kerana cuti sekolah tidak melakukan sebarang aktiviti, jadi saya mengisi rutin cuti saya dengan membaca Sinar Harian dan menyertai pertandingan ini,” katanya.
Zatullah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 15, berharap agar rakan sekerjanya dapat menyertai PR1M.
Zatullah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 15, berharap agar rakan sekerjanya dapat menyertai PR1M.
“Saya memang tak percaya akan menang duit ini, tapi bila dah menang, saya cadangkan pula pada cikgu-cikgu dan kakitangan sekolah yang lain.
“Saya galakkan mereka untuk menyertai pertandingan ini. Siapa tahu mungkin mereka juga akan bertuah seperti saya,” katanya.
Menurutnya, dia yang berasal dari Kota Gelanggi 1, Jerantut itu sememangnya meminati akhbar Sinar Harian.
“Walaupun saya balik ke kampung isteri saya di Negeri Sembilan, saya tetap memilih untuk membaca Sinar Harian kerana selain memaparkan cerita yang telus dan tulus, ia juga merupakan akhbar yang dekat dengan komuniti,” katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/alhamdulillah-rezeki-anak-bakal-lahir-1.407217
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.